Saat mata degil tuk lena walaupun kantuk yang bersisa,
teringat saat kita bersua... sayu melihat wajah yang dirindu
masih bersisa keletihan berpindah dari kuantan ke kota.
Terasa kembali hangat pertemuan kali pertama,
aduh! berangan...ni realiti la...
emmm...bila agaknya degupan ini akan berlagu
lagi tatkala disisimu???
tenangnya hati ni...Peliharalah kami Tuhan...
Friday, 29 April 2011
Thursday, 28 April 2011
sekolah...
sewaktu kecil dulu,
aku hadir ke sekolah sebagai seorang murid yang dahagakan ilmu.
tatkala ini terlalu indah aku rasakan...bersama rakan-rakan dan
keluarga tersayang... namun, sampai satu masa, aku diuji.
zaman persekolahan yang menjanjikan keseronokkan bertukar
arah...aku jadi seorang yang sangat pendiam apabila orang yang
disayangi pergi buat selama-lamanya. Aku redha kerana
Dia lebih menyayanginya.
ketika ini,
aku tak lagi leka dengan alam kanak-kanak. aku lebihkan masa
untuk mempelajari erti kehidupan. siapa sangka
usia semuda 10 tahun...mencari erti berdikari dalam
diri yang serba kekurangan. namun, hari demi hari, bulan berganti
bulan, tahun berganti tahun...tamat persekolahan adalah saat yang
amat sukar bagi aku sebagai seorang budak perempuan...
kesihatan yang serba kekurangan, bukan penghalang aku
untuk maju...
siapa sangka aku diberi peluang berhijrah ke tempat yang
jauh dari tempat lahirku...SABAH.
3bulan berlalu, berbagai pengalaman dan ilmu ku cedok
untuk dibawa pulang...
sekembalinya,
aku terus keliru kemana arah tuju???
namun tidak disangka-sangka keputusan SPM telah melayakkan aku
ke institusi pengajian tinggi awam... 6 tahun berlalu...
kini, aku makin takut tatkala usia meningkat.
siapa sangka kini punca rezeki ku berada di sekolah...
DAN AKU KEMBALI KE SEKOLAH....
Tuesday, 26 April 2011
sms stress!
Sekejap tadi dapat sms dari kawan baik aku,
tak dapat wat hiv sama-sama... aku ok lagi.
then, die cakap abang die Sohir da dapat selamat
dapat baby sabtu lepas....aku ok lagi.
pastu, die cakap majlis die 3 JULAI 2011 ni
BOOOM!...aku terus off facebook chat ngan die + tak balas sms die!
just wish tahniah jer.... STRESSS...
sebelum tu tgk fb member sekampung pon nak kawin
30.04.2011, sorang lagi 29.05.2011...off segala!!!
terasa muda???
satu cerita di kedai CELCOM...
petang ni giliran member yang nak masak ada camping la pulak,
so kene la beli...teringat kat seseorang yang istimewa jadi setelah order
pegila ke kedai celcom berdekatan. "ini nombor celcom baru ka tokey?"
"ini celcom nombor untuk 18tahun ke atas punya ma..." sambil amik
pek yang dikehendaki terus angkat nombor tadi. (pandangan tak puas hati
dari tokey kat aku). "tokey, i suda 25tahun ma..." "u tipu! apa kelija?"
"ini i punya ic, mau register.. i keje kat skola" (terkejut sampai tergelak)
"ok..ok...ini u simpan wa tolong register cikgu...."
kes ni tak berlaku ni kedai mcm ni jer... sejak bekerjaya ramai yang tak percaya
usia dengan ketelusan wajahku... adoyai...
Sunday, 17 April 2011
Hargai pasangan anda...
Petua Melayan Isteri.
1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri.
2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… ataupun cakaplah “Abang cintakan Ayang” pun boleh.
3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh anda lakukan...
Insya-Allah...buatlah semampu anda...
Bingkisan Dari: My Baby Store/facebook
Wednesday, 13 April 2011
semakin ku rasa kekurangan bila bersendirian
Bismillahirrahman irrahim...
Saat lena menjengah malam sunyi, aku diselimuti mimpi yang amat syahdu...
saat terjaga air mata ku jatuh menitis ke pipi, sayu...sendu...
mimpi yang tidak berbicara cuma mata yang menyampaikan isi hati masing-masing
bak "bicara tanpa suara". Ya Tuhan, aku bersyukur atas nikmat kurniaanMu yang
tak ternilai buatku...
Lantas ku bangun sujud syukur padaMu...
Saat lena menjengah malam sunyi, aku diselimuti mimpi yang amat syahdu...
saat terjaga air mata ku jatuh menitis ke pipi, sayu...sendu...
mimpi yang tidak berbicara cuma mata yang menyampaikan isi hati masing-masing
bak "bicara tanpa suara". Ya Tuhan, aku bersyukur atas nikmat kurniaanMu yang
tak ternilai buatku...
Lantas ku bangun sujud syukur padaMu...
Saturday, 2 April 2011
sebening embun fajar sodiq
Bismillah Irrahman Irrahim...
In the name of Merciful and Beneficial
In the name of Merciful and Beneficial
Sebening embun yang menyelubungi
tatkala unggas melayari lena
aku terjaga dikala kantuk bersisa
mencari sinar keindahan Ilahi...
Saat ini mimpi indah melayari minda insan
begitu juga alam menjadi selimut bumi
Bila indah mencintai PENCIPTA
sang pencinta dari yang maha mencipta
menjengah dikalbu yang salju
saat berlagu irama rindu...
emmm, sayu...
air mata mula melayu
ditubir mata tersingkap syahdu
aku rindu...teramat rindu...
rindukan nikmatMU
syukur atas kurnianMU
anugerah terindah buatKu
andai DIA tahu isi hati ku
tenangkan aku dalam rahmatMU
dengarlah rintihan hambaMU..
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)