Thursday, 28 April 2011

sekolah...


sewaktu kecil dulu,
aku hadir ke sekolah sebagai seorang murid yang dahagakan ilmu.
tatkala ini terlalu indah aku rasakan...bersama rakan-rakan dan 
keluarga tersayang... namun, sampai satu masa, aku diuji. 
zaman persekolahan yang menjanjikan keseronokkan bertukar
arah...aku jadi seorang yang sangat pendiam apabila orang yang 
disayangi pergi buat selama-lamanya. Aku redha kerana 
Dia lebih menyayanginya.


ketika ini,
aku tak lagi leka dengan alam kanak-kanak. aku lebihkan masa
untuk mempelajari erti kehidupan. siapa sangka
usia semuda 10 tahun...mencari erti berdikari dalam 
diri yang serba kekurangan. namun, hari demi hari, bulan berganti
bulan, tahun berganti tahun...tamat persekolahan adalah saat yang 
amat sukar bagi aku sebagai seorang budak perempuan...


kesihatan yang serba kekurangan, bukan penghalang aku
untuk maju...


siapa sangka aku diberi peluang berhijrah ke tempat yang
jauh dari tempat lahirku...SABAH. 
3bulan berlalu, berbagai pengalaman dan ilmu ku cedok
untuk dibawa pulang...


sekembalinya,
aku terus keliru kemana arah tuju???
namun tidak disangka-sangka keputusan SPM telah melayakkan aku
ke institusi pengajian tinggi awam... 6 tahun berlalu...


kini, aku makin takut tatkala usia meningkat.
siapa sangka kini punca rezeki ku berada di sekolah...
DAN AKU KEMBALI KE SEKOLAH....

No comments:

Post a Comment