Monday, 12 December 2011

Alam Perkahwinan

kini, title bujang telahpun berakhir,
majlis bertandang telah disempunakan pada 20.11.2011,
aku terasa seperti menerima keluarga baru,
yang akan menemani aku, namun selesai majlis terus berangkat pulang ke IPG.


NUR & ASRI 12.11.2011
bertandang 20.11.2011


minggu yang dilalui di IPG amat mencabar fizikal dan mental,
namun aku tidak keseorangan disamping rakan2..
tak lupa yang sentiasa dihati...terus bersemangat!
cabaran makin banyak untuk ditempuh,
aku harus kuat!


apakan daya aku tak mampu menjaga hati semua pihak,
untuk suami yang disayangi...aku cuba menunaikan tanggungjawab
semampuku, janganlah dikau kecewa setelah melafazkan akad.
mohonlah ini yang terbaik dan akan jadi yang terbaik INSYAALLAH...


jangan anggap ini bebanan ataupun kesusahan,
andai itu yang didoakan Tuhan akan mengkabulkan 
dengan pemberian sementara ini...aku juga mengingatkan diriku
agar dapat mempelajari erti pengorbananmu, menghargaimu
seadanya kamu...baik buruk mu adalah yang terbaik untukku,
jika kau sesempurna manusia kurniaannya, aku tidak tahu
arah mana lagi untuk bersembang dan berbicara,
aku juga mencuba untuk jadi yang terbaik untukmu...
keserasian akan terbina sedikit demi sedikit...


"wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, jadilah orang-orang yang penyabar 
dan merapatkan ukhwah diantara kamu, serta bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya
kamu adalah orang-orang yang berjaya" (surah Ali-Imran:  ayat 200)
amin...



1 comment:

  1. saya cinta awak nur....terima kasih kerana memahami kerjayaku...

    ReplyDelete