Monday, 12 December 2011

Alam Perkahwinan

kini, title bujang telahpun berakhir,
majlis bertandang telah disempunakan pada 20.11.2011,
aku terasa seperti menerima keluarga baru,
yang akan menemani aku, namun selesai majlis terus berangkat pulang ke IPG.


NUR & ASRI 12.11.2011
bertandang 20.11.2011


minggu yang dilalui di IPG amat mencabar fizikal dan mental,
namun aku tidak keseorangan disamping rakan2..
tak lupa yang sentiasa dihati...terus bersemangat!
cabaran makin banyak untuk ditempuh,
aku harus kuat!


apakan daya aku tak mampu menjaga hati semua pihak,
untuk suami yang disayangi...aku cuba menunaikan tanggungjawab
semampuku, janganlah dikau kecewa setelah melafazkan akad.
mohonlah ini yang terbaik dan akan jadi yang terbaik INSYAALLAH...


jangan anggap ini bebanan ataupun kesusahan,
andai itu yang didoakan Tuhan akan mengkabulkan 
dengan pemberian sementara ini...aku juga mengingatkan diriku
agar dapat mempelajari erti pengorbananmu, menghargaimu
seadanya kamu...baik buruk mu adalah yang terbaik untukku,
jika kau sesempurna manusia kurniaannya, aku tidak tahu
arah mana lagi untuk bersembang dan berbicara,
aku juga mencuba untuk jadi yang terbaik untukmu...
keserasian akan terbina sedikit demi sedikit...


"wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, jadilah orang-orang yang penyabar 
dan merapatkan ukhwah diantara kamu, serta bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya
kamu adalah orang-orang yang berjaya" (surah Ali-Imran:  ayat 200)
amin...



Saturday, 5 November 2011

Pernikahan yang dinanti...

Alhamdulillah...
syukur Tuhan akhirnya kini aku diberi peluang untuk bergelar "isteri"
pada tarikh keramat 4.11.11 di surau hizbul islami, jln Hj. Tarmidi, Rantau Panjang Klang.
Majlis berlangsung dengan penuh kesyukuran...alhamdulillah, terima kasih
pada pihak lelaki yang berusaha datang tepat waktu walaupun sesak kerana ramai 
penduduk yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidiladha.


aku, walaupun penat tapi alhamdulillah segalanya dapat diselesaikan.
hari ni badan mula rasa panas,pening, selseme... mungkin keletihan semalam...seminggu lagi majlis kenduri
untuk meraikan pasangan pengantin...persiapan ala kadar. cume letih sedikit kerana dapat mc jer...
cuti untuk guru dalam latihan tiada... huhuhu...


Dear Mohd Asri (suami),
apepon tanggungjawab sebagai isteri akan ku tunaikan semampu mungkin...
kurniakan lah rahmah, mawaddah, nur Mu dalam mahligai rumahtangga kami...aminn..
insyaallah...


04.11.2011
Mohd Asri & Norzamzarina 
semoga jodoh berkekalan dan dilindungi dibawah lembayung maghfirah yang Esa sentiasa...aminn...



Tuesday, 18 October 2011

sensitif ker aku?

bile difikirkan saat bile aku dimarah,
saat bile aku dirotan, saat bile aku dipukul, saat bile aku dihambat,
mahupun dicubit sehingga biru kulit ini...
sikit pun tidak dalam hati merasa benci @ sakit hati
sikit pun tidak aku marah pada si pelakunya....
atau satu ketika berdarah luka dihiris, berdarah luka dipukul,
jauh sekali menyimpan rasa...

tapi sekecil kata yang sedarah sedaging mengucapkan kata
bukan berjenaka, bukan gurauan, bukan nasihat, tapi luahan beban
aku terkesan sehingga kini... bangkitlah wahai hati, sabarlah wahai kalbu,
mungkin ini saat diriku diuji...saat melihat sape y sanggup susah bersama,
sape y cume berpura-pura, sape y hanya mengambil kesempatan ketika ku setia
dan cume memohon kesenangan saat ku berada...
andai sekalipun dikau marah, sanggup meluahkan kata2
andai sekalipun dikau kecewa, sanggup melampiaskan rasa
pernah tak berfikir sejenak
"andai dirimu di tempat ku? apakah tindakan mu sama sepertiku?"
"andai aku di uji seperti ini apakah y kamu fikirkan?"
"andai kini tiada siapa di sisimu, bagaimana kamu meneruskan perjalanan?"
"andai aku tahu terlebih dahulu mengapa aku perlu sembunyikan?"
Tuhan melarang sekali membuat tuduhan tanpa mendengar sebab dari si pelaku,
Tuhan tidak menjatuhkan hukum tanpa musabab terjatuhnya hukum,
Tuhan tidak suka manusia berandai-andai sesama kita,

letakkanlah dirimu ditempatku, baru kau akan mengerti apa yang aku rasakan,
letakkanlah watakmu ditempatku, nescaya kau rasakan getarannya,
letakkanlah jiwamu ditempatku, pasti kau temui jawapannya....
aku terus pasrah dan redha atas setiap kejadian,
biarpun sendiri melayari kehidupan...kerana aku percaya janji Tuhan
"setiap kesusahan pasti ada kesenangan...." biar aku susah, biar aku derita,
kerna ku tahu Tuhan rindukan rintih tangisku seperti dulu,
sejadah cinta yang dulu aku tinggalkan Dia sedarkan aku untuk kembali pada-Nya.
Terima Kasih Tuhan...

inilah dia "bicara salju hati" 
sejuk rasanya kerana ia mudah cair...
damai andai disentuh pabila dibelai dengan kasih sayang...
dingin auranya kerana sangat terkesan nilai kelembutannya..., 
tapi keras bila dikasari kerana keterpaksaannya...
sensitifkah aku???
"Mudahkanlah urusan Ibadah untuk mendapat redha Tuhan,
nescaya Tuhan akan memudahkan urusanmu seharian..."

Monday, 26 September 2011

Syawal berlalu... disambut Majlis kahwinku

syawal makin berlalu,
persiapan ala kadar
sume ala kadar

majlis perkahwinan yang bakal menjelang
persiapan y makin mengasak fikiran
macam2 nak uruskan
kad kahwin dah siap tinggal edarkan
apa lagi yer nak bg cadangan???

muka hadapan

isi kandungan dalam

peta di akhir page
moga majlis berjalan lancar Ya Rabb...
Amin...

Syawal berlalu... disambut Majlis kahwinku

syawal makin berlalu,
ppersiapan ala kadar
sume ala kadar

majlis perkahwinan yang bakal menjelang
persiapan y makin mengasak fikiran
macam2 nak uruskan
kad kahwin dah siap tinggal edarkan
apa lagi yer nak bg cadangan???

muka hadapan

isi kandungan dalam

peta di akhir page
moga majlis berjalan lancar Ya Rabb...
Amin...

Wednesday, 24 August 2011

Ramadhan kareem, Eid mubarak...

tahun 1432 H
ramadhan kali ini ala kadar,
semua amal ibadah ala kadar,
persiapan raye pon ala kadar,
no baju raya,
no tudung raya,
no kasut raya,
no raya...
raya pakaila aper yang ada...
simpan sbb nak dekat kawin ni,
tahun ni cut budget,
banyak lari ke arah lain...
insyallah,
tahun depan lau de rezki,
jumpa ramadhan lagi,
bukan sendiri tp berdua...
insyaallah....





Monday, 6 June 2011

menyayangi dirimu...

Dengan namaMu yang maha Pemurah lagi maha Mengasihi. 

abang...
satu nama yang amat asing bagiku
pada pertemuan kali pertama
untuk melafazkan...namun kini
satu ketenangan buatku tatkala
memanggil dirimu...
ku tersenyum melihatmu tersenyum
ku merenung melihatmu memandang
apa yang terbuku dibenakmu??
lafazkanlah abang...
agar kekeruhan itu menjadi jernih 
sikit demi sedikit...walaupun payah
tapi tak mustahil sayang...