Monday, 6 June 2011

menyayangi dirimu...

Dengan namaMu yang maha Pemurah lagi maha Mengasihi. 

abang...
satu nama yang amat asing bagiku
pada pertemuan kali pertama
untuk melafazkan...namun kini
satu ketenangan buatku tatkala
memanggil dirimu...
ku tersenyum melihatmu tersenyum
ku merenung melihatmu memandang
apa yang terbuku dibenakmu??
lafazkanlah abang...
agar kekeruhan itu menjadi jernih 
sikit demi sedikit...walaupun payah
tapi tak mustahil sayang...

Sunday, 22 May 2011

25 years...

mata tak leh lelap...tak tahu nape t'pk lama tak tulis blog
layan cter adam maya jap....emmm
hari ni genap umur ku 25 tahun...
what gonna happpen tomorrow??i dunt know...


emmm...nak citer sal impian aku 
25 tahun ni aku nak kawin.
26 tahun lau di murahkan rezeki nak  de sorg baby comel...
27 maintain lu... sygkan suami...+ anakku...
28 pon maintain...lau de rezeki tak tolak.
29...emmm tak fikir lg...
30 tahun..emmm...pk sal skolah anakku
seterusnya akan difikir kemudian....(kumpul harta ngan pengalaman rumah tangga)
moga kekal bahagia...amiinnn....


cukup timba ilmu jadi guru
nak try explore..... tadika management
tu pon lau tak menyambung study...
nak sambung...tapi kata hati cukupla
akan datang anak-anak mungkin nak lagi 
tinggi daripada mak ayah....
aminn...mudah2an...


nak explore tadika management igt sebelum bersara 
nak de tadika sendiri...bukan aper...tu sebagai
bekalan berterusan ilmu di dunia, moga2 sampai
akhirat....


emmm,,impian jer.... :-) 
merenung masa depan....

Thursday, 12 May 2011

HUJUNG MINGGU YANG INDAH...



bagun seawal 5.00 pagi utk masak.
siap masak kul 6.00 pagi terus mandi dan solat
emm...bungkus makanan siap2.


kul 6.30 pagi kejut adik, tak bangun lagi..huhu..
7.15 pagi baru sampai amik aku dan trus g ktm klang
tak sabar nak picnic ni...


sampai dalam jam 9.25pagi. Perghhh..lama gile dlm tren.
mujur mulut adik pot pet pot pet...ilang bosan...
sampai terus cari mana si DIA???
Yes! jumpa... sian mesti da tunggu lama...
terus gerak gi destinasi.
tak lupa bekalan picnic..hehe
tetiba kat petrol stesen lama sangat stop
nape ek??? tunggu...tunggu... lamanya...
nak gi tgk DIA la...


tup2...si dia datang. bawa something, yang terkejut terus 
bagi flower...tak perasan pon tangan mane dia bawa???
hehehe sukenya...Terima kasih....=) sbb hargai diri ini.


seharian bersama adik, dia dan aku...
balik petang.. penat tapi berbaloi kali ni...hehe 
TQ Tuhan... nice memory...





MIMPIKAN AYAH...



saat malam menjelang ramai yang dibuai mimpi indah
tapi saat aku lena sedetik mimpi menyinggah...
aku balik kerumah kerana ayah sakit
lalu dengan kudrat yang ada aku menolak kerusi
sakit utk ayah duduk di kerusi tersebut.


namun, apa yang aku dapati, 
ayah makin bertambah tak menentu pabila kerusi tersebut 
berada diatas tanah lalu aku mendukungnya...
apa yang aku rasakan seolah2 ayah sangat ringan
dalam dukungan ku
sehingga terlena di pelukan anaknya...


ketika itu aku mencari adik beradik yang lain namun 
gagal ku temui...kemana mereka YA ALLAH...
seolah2 ayah tidur di pangkuan anaknya
dengan penuh lena...ketika mencari hospital yang ada
untuk mendapatkan rawatan untuk ayah tersayang
aku gagal lagi...
mana klinik??? nape tak kelihatan 1 pon???


aku berhenti di rumah kepenatan
dan ayah masih lena didukungan ku
sangat lena hingga tidak sedikit pon
kesakitan yang dirasa seawal aku temuinya...
petanda apakah ini YA RABB???

Sunday, 1 May 2011

HARI PEKERJA

semua pekerja akan bercuti pada 1 mei.
ini adalah diperakui oleh kelendar tahunan di Malaysia.
namun, bagi pekerja yang bercuti di ketika ini
pasti akan pergi berjalan-jalan @ berehat di rumah.
Bagiku, ini adalah hari untuk lepak kat rumah
asalkan dapat rehatkan minda dan badan...

Friday, 29 April 2011

Degil mata ni...

Saat mata degil tuk lena walaupun kantuk yang bersisa,
teringat saat kita bersua... sayu melihat wajah yang dirindu
masih bersisa keletihan berpindah dari kuantan ke kota.
Terasa kembali hangat pertemuan kali pertama,
aduh! berangan...ni realiti la...
emmm...bila agaknya degupan ini akan berlagu
lagi tatkala disisimu???
tenangnya hati ni...Peliharalah kami Tuhan...

Thursday, 28 April 2011

sekolah...


sewaktu kecil dulu,
aku hadir ke sekolah sebagai seorang murid yang dahagakan ilmu.
tatkala ini terlalu indah aku rasakan...bersama rakan-rakan dan 
keluarga tersayang... namun, sampai satu masa, aku diuji. 
zaman persekolahan yang menjanjikan keseronokkan bertukar
arah...aku jadi seorang yang sangat pendiam apabila orang yang 
disayangi pergi buat selama-lamanya. Aku redha kerana 
Dia lebih menyayanginya.


ketika ini,
aku tak lagi leka dengan alam kanak-kanak. aku lebihkan masa
untuk mempelajari erti kehidupan. siapa sangka
usia semuda 10 tahun...mencari erti berdikari dalam 
diri yang serba kekurangan. namun, hari demi hari, bulan berganti
bulan, tahun berganti tahun...tamat persekolahan adalah saat yang 
amat sukar bagi aku sebagai seorang budak perempuan...


kesihatan yang serba kekurangan, bukan penghalang aku
untuk maju...


siapa sangka aku diberi peluang berhijrah ke tempat yang
jauh dari tempat lahirku...SABAH. 
3bulan berlalu, berbagai pengalaman dan ilmu ku cedok
untuk dibawa pulang...


sekembalinya,
aku terus keliru kemana arah tuju???
namun tidak disangka-sangka keputusan SPM telah melayakkan aku
ke institusi pengajian tinggi awam... 6 tahun berlalu...


kini, aku makin takut tatkala usia meningkat.
siapa sangka kini punca rezeki ku berada di sekolah...
DAN AKU KEMBALI KE SEKOLAH....